Monday, January 14, 2008

Apa sebenarnya kaedah Mokhdar

Kaedah Mokhdar adalah suatu kaedah yang amat mudah yang bakal menghasilkan kekuatan memori yang luar biasa terhadap input-input mathematical yang menjadi antara teras penting di dalam pemikiran sains dan matematik, dan menghasilkan kelajuan akses yang luar biasa terhadap input-input mathematical dan input-input lain yang tersimpan di dalam minda.

Kekuatan memori yang luar biasa ini menghasilkan minda baru yang antaranya boleh dilihat seperti berikut : 1. Anak kecil seawal usia dua ke tiga tahun yang mampu menguasai fakta matematik asas seperti darab asas. 2. Minda biasa yang mampu mengingat nombor kad pengenalan sepanjang 12 digit dengan hanya seimbas pandang menggunakan masa kurang dari 0.25 saat. Ini bererti segala input di dalam pembelajaran sains (sama ada sains tulis seperti fizik, kimia dan biologi, atau sains lain seperti sejarah, geografi, linguistik dsb) dan matematik (bagi semua cabang matematik) bukan sahaja boleh diingat mudah tetapi juga dapat dianalisa dan diorganisekan dengan jauh lebih mudah. Minda juga jadi lebih fokus kerana ia hanya perlu melakukan tugas memahami apa yang dibaca atau dilakukan tanpa perlu melakukan tugas-tugas menghafal yang menyebabkan kekusutan dan kebekuan minda.

Kelajuan akses yang luar biasa pula menghasilkan kecepatan menyelesaikan masalah, mengambil contoh yang paling mudah, darab sehingga tiga atau empat digit didarab dengan satu digit, seperti 667 × 6 = 4002, atau sehingga dua digit didarab dengan dua digit, seperti 67 × 48 = 3216, boleh dicongak oleh minda biasa secepat kilat tanpa menggunakan apa-apa alat tulis, alat bantuan mengira atau sebagainya, dan tanpa perlu menggunakan apa-apa cara mengira lain selain daripada cara mengira yang biasa diajar di sekolah.

Kecepatan mengira pada kelajuan melebihi kelajuan penggunaan kalkulator, serta tanpa perlu melalui tempoh latihan mengira yang keterlaluan ini mengurangkan beban minda dan tenaga di dalam menguruskan penyelesaian masalah-masalah matematik pada tahap yang lebih tinggi. (Ia mungkin menghasilkan kesan counter-productive jika kemahiran mengira seperti ini hanya mampu diperoleh dengan melakukan aktiviti latih tubi yang luar biasa sehingga mensesiakan masa yang sepatutnya diberi kepada aktiviti kefahaman menerusi bacaan atau latihan untuk subjek-subjek yang jauh lebih penting di dalam pembelajaran sains dan matematik).

Kaedah yang bagi kebanyakan orang dianggap sebagai kaedah membilang secara rengkas ini (setiap sebutan bagi nombor sifar hingga seratus, dengan menggunakan 10 kunci sebutan, hanya menggunakan sebutan satu suku kata sahaja) sebenarnya bidang yang jauh lebih tinggi dan lebih luas dari itu. Didasarkan kepada 10 kunci sebutan tersebut, ditambah dengan lapan sebutan kunci tambahan, merangkumi sebutan untuk input-input yang kompleks dan panjang, menghasilkan daya ingatan dan kelajuan mengakses yang amat luar biasa.

Rumus, fakta, equations, jadual, langkah kerja menyelesaikan masalah, dsb, yang biasanya tidak digalakkan oleh guru-guru untuk dihafal, diingat begitu sahaja tanpa dihafal dalam erti kata yang sebenarnya. Jika input sedemikian yang tidak digalakkan dihafal disebabkan oleh kesukaran menghafalnya boleh diingat begitu sahaja, input-input lain yang perlu dihafal di samping difahami tentulah boleh diingat jauh lebih mudah.

Di dalam perbincangan yang sering menjadi topik hangat sejak lama dulu hingga sekarang ialah, ahli-ahli akademik sering mensifatkan rote learning (belajar dengan banyak menghafal) sebagai kaedah belajar yang ketinggalan zaman dan tidak menghasilkan minda yang berfikir dan kreatif. Ramai pula dari kalangan masyarakat yang menganggap kaedah Mokhdar sebagai sebahagian daripada kaedah rote learning tersebut.

Sebenarnya tanggapan tersebut adalah meleset sama sekali. Kaedah Mokhdar bukanlah suatu kaedah rote learning atau kaedah menghafal. Malah saya tidak suka aktiviti menghafal sama sekali, namun memori mega yang tersimpan di dalam minda orang yang menggunakan kaedah Mokhdar bukanlah diperoleh menerusi rote learning. Ia tersimpan spontan dan berkekalan lama menerusi aktiviti membaca, menulis, membuat latihan, mencuba memahami apa yang dipelajari, dibaca, ditulis, didengar atau sebagainya di dalam proses pembelajaran, dan memori mega ini amat penting di dalam membezakan di antara seorang pelajar yang berjaya atau kurang berjaya.

Sunday, January 13, 2008

JADUAL HARIAN DAN PENJALANAN BENGKEL

Bengkel dijalankan setiap hari dari jam 8.30 pagi ke 5.00 petang. Untuk peserta yang menginap yang menjalani bengkel di pusat latihan kami di Fyvoeight Resources, aktiviti Mokhdar disambung secara bersantai dari jam 8.30 malam ke 10.30 malam. Di setiap tempat, bengkel akan diketuai oleh tutor-tutor Mokhdar yang terlatih dan berpengalaman, bagaimanapun majlis penutup dan penampilan kemahiran peserta bengkel akan dikendalikan sendiri oleh Mokhtar Hj Mansor, pelopor Kaedah Mokhdar.
Bengkel ini terbuka kepada semua – pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan ibu bapa serta pekerja yang ingin meningkatkan produkviti diri masing-masing. Peserta akan dikendalikan menurut kategori kumpulan masing-masing, biasanya berdasarkan kepada tahap usia, IQ dan sasaran masing-masing. Asas kaedah Mokhdar adalah sama, cara pemakaiannya adalah sama, namun sampel latihan pemakaiannya yang digunakan di dalam bengkel biasanya adalah sampel latihan yang bersesuaian dengan tahap pengajian dan pemikiran peserta. Walaupun kami menerima semua tahap usia di semua tempat, tetapi untuk menjalani bengkel dalam keadaan lebih selesa, bagi peserta yang belajar di dalam tingkatan empat, tingkatan lima, matrikulasi dan universiti, anda diminta menjalani bengkel di Fyvoeight Resources, Bandar Country Homes, Rawang. (Apalah salahnya berhijrah sementara dan berkorban selama lapan hari untuk bertukar menjadi seribu kali lebih baik daripada diri yang sedia ada?).
Untuk peserta dari jauh yang ingin mengikuti program di Country Homes, Rawang, anda disyorkan supaya mengikuti program bengkel intensif secara berterusan selama lapan hari, mulai 9hb hingga 16hb Mach 2008. Untuk ibu bapa pula, tuan puan boleh menjalani bengkel bersama dengan pelajar lain sekiranya sasaran mereka menyertai bengkel adalah untuk mewujudkan suasana di rumah yang boleh membantu seluruh ahli keluarga menjadikan pengurusan angka dan simbol di dalam dan di luar minda mereka jadi jauh lebih baik dan berkesan.

Thursday, January 10, 2008

Bengkel Intensif

BENGKEL INTENSIF MELAHIRKAN GENIUS SAINS DAN MATEMATIK MENERUSI KAEDAH MOKHDAR

TARIKH TERDEKAT : 7hb hingga 10hb Februarii 2008 (Cuti Tahun Baru Cina iaitu dari Khamis ke Ahad) dan sambung pada 13hb hingga 16hb Mach 2008.

Tempat-tempat : (1) Fyvoeight Resources (SA0001962-M), No 23 & 25 (Gr to 2nd Floor), Jalan Pusat BCH 1/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang. Penginapan disediakan malah disyorkan untuk semua peserta. (2)Seksyen 2, Bandar Baru Bangi – tanpa penginapan. (3) Bandar Baru Uda, Johor Bharu – tanpa penginapan. (4) Pasir Gudang – tanpa penginapan.

BAYARAN : RM380 untuk lapan hari, dengan jamuan tea-breaks pagi dan makan tengah hari disediakan. Potongan 10% bagi pendaftaran 3 ahli keluarga; dan potongan 20% sekiranya didaftar dalam pakej 5 orang – tak kira sama ada ahli keluarga atau tidak. Tambahan RM150 dengan penginapan (dengan jamuan makan 5 kali sehari iaitu sarapan, morning tea-breaks, makan tengah hari, makan petang dan makan malam). Ruang penginapan berhawa dingin sepenuhnya, tetapi peserta diminta membawa bantal dan alas tidur sendiri (misalnya, Lotto) dan selimut serta cadar. Walaupun dibenarkan membasuh pakaian dan tempat menjemur disediakan, peserta digalakkan membawa bekalan pakaian secukupnya untuk tempoh penginapan selama lapan hari tersebut.

CARA MENDAFTAR:

Masukkan deposit RM100 bagi setiap peserta ke akaun MAKHTAR MANSOR MAYBANK S/A 164070023143
dan maklumkan kepada kami sama ada menerusi makhtarmansor@yahoo.com atau SMS tel 019-2605162;
017-6521730 atau maklumkan dengan hubungi 03-60935815. Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum
atau pada tarikh bengkel mulai dijalankan (semasa melaporkan diri)

JADUAL HARIAN DAN PENJALANAN BENGKEL :

Bengkel dijalankan setiap hari dari jam 8.30 pagi ke 5.00 petang. Untuk peserta yang menginap yang menjalani bengkel di pusat latihan kami di Fyvoeight Resources, aktiviti Mokhdar disambung secara bersantai dari jam 8.30 malam ke 10.30 malam. Di setiap tempat, bengkel akan diketuai oleh tutor-tutor Mokhdar yang terlatih dan berpengalaman, bagaimanapun majlis penutup dan penampilan kemahiran peserta bengkel akan dikendalikan sendiri oleh Mokhtar Hj Mansor, pelopor Kaedah Mokhdar.

Bengkel ini terbuka kepada semua – pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan ibu bapa serta pekerja yang ingin meningkatkan produkviti diri masing-masing. Peserta akan dikendalikan menurut kategori kumpulan masing-masing, biasanya berdasarkan kepada tahap usia, IQ dan sasaran masing-masing. Asas kaedah Mokhdar adalah sama, cara pemakaiannya adalah sama, namun sampel latihan pemakaiannya yang digunakan di dalam bengkel biasanya adalah sampel latihan yang bersesuaian dengan tahap pengajian dan pemikiran peserta. Walaupun kami menerima semua tahap usia di semua tempat, tetapi untuk menjalani bengkel dalam keadaan lebih selesa, bagi peserta yang belajar di dalam tingkatan empat, tingkatan lima, matrikulasi dan universiti, anda diminta menjalani bengkel di Fyvoeight Resources, Bandar Country Homes, Rawang. (Apalah salahnya berhijrah sementara dan berkorban selama lapan hari untuk bertukar menjadi seribu kali lebih baik daripada diri yang sedia ada?).

Untuk peserta dari jauh yang ingin mengikuti program di Country Homes, Rawang, anda disyorkan supaya mengikuti program bengkel intensif secara berterusan selama lapan hari, mulai 9hb hingga 16hb Mach 2008. Untuk ibu bapa pula, tuan puan boleh menjalani bengkel bersama dengan pelajar lain sekiranya sasaran mereka menyertai bengkel adalah untuk mewujudkan suasana di rumah yang boleh membantu seluruh ahli keluarga menjadikan pengurusan angka dan simbol di dalam dan di luar minda mereka jadi jauh lebih baik dan berkesan.

SASARAN BENGKEL

Sasaran bengkel ini ialah bagi menjadikan sebutan Mokhdar bagi ungkapan mathematical sebagai ‘bahasa’ yang sebati dengan minda peserta. Ini kerana sebutan Mokhdar telah terbukti sebagai sebutan yang menghasilkan minda yang bukan sahaja dapat mengingat input mathematical di dalam subjek sains dan matematik dalam jumlah yang berpuluh kali lebih banyak dan kekal berpuluh kali lebih lama dalam ingatan daripada menggunakan bahasa-bahasa lain, tetapi juga menghasilkan kelajuan mengakses dan memproses input sedemikian pada kadar jauh lebih laju.

Peserta yang mengikuti bengkel ini adalah ibarat komputer yang telah diinstall dengan software baru untuk pengurusan ungkapan mathematical, dan dalam masa yang sama bertindak sebagai booster yang membantu menjadikan pengurusan semua input-input lain jadi jauh lebih mudah dan berkesan. Lebih lama seseorang itu terdedah kepada sebutan Mokhdar, yang pendedahan intensifnya hanya dapat diraih menerusi bengkel ini, semakin kuatlah daya memorinya (sama ada daya memori spontan atau memori yang dimiliki secara menghafal) dan semakin lajulah kelajuan pemikirannya.

Biasanya Bengkel Intensif Lapan Hari yang pertama sudah mencukupi untuk menjadikan minda peserta selesa dengan sebutan Mokhdar dan menjadikannya sebagai bahasa pemikiran spontannya di sepanjang hayatnya. Jika hal sedemikian tidak terjadi, dia mungkin perlu menjalani bengkel intensif lapan hari ini sekali lagi, dan dalam hal ini, dia diberi potongan bayaran 40% daripada bayaran yang dikenakan bagi mengikuti Bengkel Intensif Lapan Hari yang pertama.

Sebagai pilihan, tanpa menghadiri bengkel susulan ini, ibu bapa dan keluarga boleh juga, dengan menggunakan dan berpandukan kepada handout bengkel yang dimiliki oleh setiap peserta, meneruskan aktiviti pendedahan dan pemantapan Mokhdar di rumah. Bagi peserta yang telah benar-benar menghayati kaedah Mokhdar menerusi Bengkel Intensif Lapan Hari yang pertama, mereka disyorkan mengikuti Bengkel Intensif Lapan Hari yang seterusnya dan kali ini bengkel ini lebih khusus kepada aktiviti berlatih secara intensif menggunakan Kaedah Mokhdar bagi meningkatkan secara dramatik penguasaannya di dalam subjek-subjek yang diikutinya di sekolah. Bagaimanapun jika di dalam bengkel intensif lapan hari yang pertama, peserta didedahkan dengan semua sebutan mathematical yang dapat dipadatkan untuk kegunaan peserta menurut tahap pemikiran dan pengajian masing-masing, bengkel lapan hari yang kedua disasarkan bagi melatih peserta agar benar-benar menghayati sebutan-sebutan ini berdasarkan nilai angka masing-masing agar mereka dapat mengira laju ...... (BERSAMBUNG)