Sunday, January 13, 2008

JADUAL HARIAN DAN PENJALANAN BENGKEL

Bengkel dijalankan setiap hari dari jam 8.30 pagi ke 5.00 petang. Untuk peserta yang menginap yang menjalani bengkel di pusat latihan kami di Fyvoeight Resources, aktiviti Mokhdar disambung secara bersantai dari jam 8.30 malam ke 10.30 malam. Di setiap tempat, bengkel akan diketuai oleh tutor-tutor Mokhdar yang terlatih dan berpengalaman, bagaimanapun majlis penutup dan penampilan kemahiran peserta bengkel akan dikendalikan sendiri oleh Mokhtar Hj Mansor, pelopor Kaedah Mokhdar.
Bengkel ini terbuka kepada semua – pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan ibu bapa serta pekerja yang ingin meningkatkan produkviti diri masing-masing. Peserta akan dikendalikan menurut kategori kumpulan masing-masing, biasanya berdasarkan kepada tahap usia, IQ dan sasaran masing-masing. Asas kaedah Mokhdar adalah sama, cara pemakaiannya adalah sama, namun sampel latihan pemakaiannya yang digunakan di dalam bengkel biasanya adalah sampel latihan yang bersesuaian dengan tahap pengajian dan pemikiran peserta. Walaupun kami menerima semua tahap usia di semua tempat, tetapi untuk menjalani bengkel dalam keadaan lebih selesa, bagi peserta yang belajar di dalam tingkatan empat, tingkatan lima, matrikulasi dan universiti, anda diminta menjalani bengkel di Fyvoeight Resources, Bandar Country Homes, Rawang. (Apalah salahnya berhijrah sementara dan berkorban selama lapan hari untuk bertukar menjadi seribu kali lebih baik daripada diri yang sedia ada?).
Untuk peserta dari jauh yang ingin mengikuti program di Country Homes, Rawang, anda disyorkan supaya mengikuti program bengkel intensif secara berterusan selama lapan hari, mulai 9hb hingga 16hb Mach 2008. Untuk ibu bapa pula, tuan puan boleh menjalani bengkel bersama dengan pelajar lain sekiranya sasaran mereka menyertai bengkel adalah untuk mewujudkan suasana di rumah yang boleh membantu seluruh ahli keluarga menjadikan pengurusan angka dan simbol di dalam dan di luar minda mereka jadi jauh lebih baik dan berkesan.

No comments: